MUAFAKAT Corner

Saturday, October 18, 2008

Organisational Development in A Changing Political Environment

Minggu ini saya berasa amat terkilan kerana tidak dapat pulang ke kawasan kerana dikehendaki menghadiri wokshop yang dianjurkan oleh Setiausaha Agung parti. Saya amat risau kerana saya masih 'berhutang' kelas literasi undang-undang dengan warga Balik Pulau yag sepatutnya sudah melangkah ke ke kelas ke-3. Walaubagaimanapun worshop dua hari tersebut banyak memberi maklumat dan pengetahuan baru kepada orang muda dan kurang pengalaman seperti saya. InsyaAllah saya akan kongsi dengan mereka yang berminat ... Pengalaman di Jerman seperti yang dikongsikan oleh Mr. Manfred Richter yang merupakan seorang tokoh politik yang amat berpengalaman pernah menjadi Datuk Bandar, Ketua Whip, Pengarah Kempen Politik, Ketua Staff amat terselah sekali. Kemampuan Dato' Salehuddin Hashim yang sudah lama saya kagumi sebagai 'Turnaround Manager, tetapi kali ini sebagai 'turnaround' Sec Gen amat terselah. Persiapan memperkasakan pemimpin-pemimpin muda parti amat penting terutama parti melaungkan selogan 'Reformasi' reformnya perlu dapat dinilai oleh rakyat. Saya berpendapat reform hanya boleh berlaku dengan asas ilmu dan kemahiran. Bukan sekadar laungan. Pendekatan baru PKR sebegini saya yakin akan membuatkan langkah ke Putrajaya makin hampir... InsyaAllah... Tahniah our Turnoround Sec Gen!

5 comments:

kumaran said...

Hope that YB will share with me.

Kerajaan Rakyat said...

::

Salam dan maaf dipohon.

Tulisan saya terkeluar daripada topic yang di atas. Walaubagaimanapun izinkan saya gunakan landasan blog ini untuk menyampaikan luahan hati rakyat.

Harapan saya agar segala luahan hati rakyat di sini akan menjadi pemangkin semangat dan penggerak tindakan kepada wakil-wakil rakyat yang telah kita amanahkan untuk menjalankan kewajipan mereka sebaik mungkin.

Tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk memilih pemimpin telah kita lakukan. Tanggungjawab kita untuk membahagiakan dan mengharmonikan kehidupan berkeluarga telah dan sedang kita laksanakan. Tanggungjawab kita untuk bekerja mencari nafkah menyara keluarga sedang kita tunaikan. Tanggungjawab kita untuk memastikan keharmonian hidup bermasyarakat sentiasa kita utamakan.

Sekarang adalah masa kita menyemak dan menegur wakil rakyat-wakil rakyat yang telah kita semua pilih untuk mengangkat martabat agama, bangsa, negara dan warisan kita seluruhnya.

Seruan saya kepada ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Selangor khusus, sila beri perhatian kepada www.kerajaanrakyat.com , kerana jika kalian gagal dalam menjalankan amanah yang telah rakyat sandarkan kepada kalian, kami akan bangkit menentang kemungkaran kalian.

Salam takzim
http://kerajaanrakyat.com/

::

matcomot said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Yusmadi Yusoff said...

Matcomot,
Terima kasih di atas pandangan anda. Pada 1998 sehingga sekarang saya hanyalah seorang peguam yang mengendalikan beberapa kes reformasi seperti perhimpunan haram, OSA, hasutan, saman malu, pecah rumah DSAI etc. Saya juga sehinga sekarang hanyalah seorang yang terlibat merencanakan program latihan kepimpinan dan pemikiran melibatkan beberapa tokoh reformasi serta membantu DSAI untuk kerja-kerja berkaitan hal-ehwal antarabangsa. Saya yakin anda merupakan seorang yang berpengalaman dan mampu membantu saya memakmurkan Balik Pulau. Yang lebih penting bukan membantu saya tapi mebantu orang-orang Balik Pulau. Anda boleh hubungi pembantu saya di 012-4143191 atau terus ke pejabat saya di 739, MK D, Jalan Bharu, Balik Pulau. Saya berbesar hati untuk belajar daripada pengalaman dan kepakaran saudara.

The Trader said...

A lessons you've got from Turnaround Sec Gen shall be your best reference to TURNAROUND the Balik Pulau