MUAFAKAT Corner

Monday, October 27, 2008

MUAFAKAT@Teluk Bahang

Saya berkesempatan melayari Blog JKKK Teluk Bahang http://telokbahang.blogspot.com/seperti yang disarankan oleh Jebat, Setiausaha (baju Merah) ketika lawatan mingguan saya pada hari Sabtu lepas. Saya amat kagum dengan inisiatif teman-teman di Teluk Bahang. Di bawah ialah wajah-wajah pejuan-pejuang rakyat membawa Harapan Baru untuk warga Teluk Bahang

Saturday, October 25, 2008

MUAFAKAT@BalikPulau, 24-25 Okt 2008

Bersama masyarakat Gertak Sanggul, Teluk Kumbar merayakan Hari Guru di SRJK (C) Poi Eng. Khabarnya sudah beberapa tahun tidak ada seorang YB pun yang hadir ke majlis itu walaupun dijemput beberapa kali. Perkara yang sama dikhabarkan kepada saya ketika menghadiri majlis '9 emperors' di Komplek Sukan Balik Pulau minggu sebelumnya. Keesokkan hari saya ke Teluk Bahang bersama JKKK Teluk Bahang mengikut jadual mingguan saya. Memandangkan sesi Parlimen di Kuala Lumpur berlansung dari Isnin hingga Khamis, saya berada di kawasan 3 hari seminggu (Jumaat, Sabtu dan Ahad):-
DUN Pulau Betong
Hari: Jumaat
Jam: 9.30 pagi - 11.30 pagi
Tempat: Pusat Pemudahcara Masyarakat & Maklumat (PPMM), Kg. Jalan Bharu
Pemudahcara Masyarakat: Rohaizan Saad Tel: 012-4143191
DUN Teluk Bahang
Hari: Sabtu
Jam: 9.30 pagi - 11.30 pagi
Tempat: Dewan JKKK Teluk Bahang
Pemudahcara Masyarakat: Rohaizan Saad Tel: 019-4143191
DUN Bayan Lepas
Hari: Ahad
Tempat: Dewan JKKK Bayan Lepas
Pemudahcara Masyarakat: Hazril Hassan Tel: 012-4751739
Untuk maklumat dan bantuan mengenai Parlimen Balik Pulau sila hubungi mereka yang berikut:-
Rohaizad Saad
Pemudahcara Masyarakat
Hal-Ehwal Masyarakat DUN Pulau Betong & Teluk Bahang
Tel: 019-4143191
Hazril Hassan
Pemudahcara Masyarakat
Hal-Ehwal Politik dan Masyarakat
DUN Bayan Lepas
Tel: 012-4751739
Kamarulzaman
Pemudahcara Masyarakat
Hal Ehwal Parlimen & Koordinator Program
Tel: 0196009823
Halil Hamid
Pemudahcara Masyarakat
Tugasan Khas
Tel: 012-4548641




































Wednesday, October 22, 2008

MUAFAKAT Usahawan@BalikPulau

Saya mengucapakan tahniah di atas kejayaan sekumpulan anak muda Balik Pulau yang berjaya mempelopori agenda 'Usahawan Sosial' atau 'Social Enterpreneurs' di Balik Pulau http://usahawan.balikpulau.org/. Kali pertama saya mengenali 'Social Entrepreneurs' ialah ketika saya menjadi Fellow Hubert H. Humphrey di Washington D.C. pada tahun 2006. Semasa program Fellowship tersebut saya juga dijemput menghadiri Global Forum di sebuah hotel terkemuka di Adams Morgan bersama beberapa tokoh-tokoh dan perserta 'yang banyak terlibat di dalam program kemasyarakatn ('public service') dari serata dunia. Saya dicalonkan mewakili Malaysia untuk sektor Hak Asasi Manusia & Undang-Undang. Global Forum ketika itu dimulakan dengan ucap utama oleh William Dryton "Bill" yang baru dinobatkan sebagai salah seorang 100 pemimpin paling berpengaruh di dunia melalui usaha Ashoka beliau (http://www.ashoka.org/). Bentuk tubuh yang kecil dan wajah ala Bill Gates membuatkan saya amat tertanya-tanya apakah 'formula' yang menyebabkan beliau menjadi salah seorang pemimpin berpengaruh di dunia. Setelah mendengar ucapan beliau selama sejam barulah saya faham bagaimana kekutan 'social entrepreneurs' di dalam melakukan perubahan masyarakat 'social impact'. Minat saya di dalam model 'usahawan sosial' yang saya lebih suka menggunakan istilah 'Usahawan Masyarakat" berterusan sehinggalah saya bertemu satu lagi tokoh hebat 'social entrepreneur' dari Afhganistan semasa menjadi Fellow di Universiti Stanford cuti musim panas baru-baru ini (May 2008 cuti Parlimen tak bersidang) bernama Sakina Yacobi. Beliau juga dipilih sebagai salah seorang Fellow di Center for Democracy, Development & the Rule of Law (http://cddrl.stanford.edu/) di atas usaha hebat beliau menubuhkan lebih 500 buah sekolah di Afhganistan terutama di kawasan luar bandar. Saya di dalam peringkatan akhir untuk mengkemaskini agenda kecil saya "mailto:MUAFAKAT@BalikPulau" yang merupakan salah satu bahagian utama agenda MUAFAKAT@BalikPulau yang sedang saya rencanakan. Saya amat mengalu-alukan usaha sebegini terutama oleh anak-anak muda tempatan. Syabas! Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau ..Insyallah kalau bantuan buah fikiran saya relevan untuk anda bolehlah email atau terus ke Pusat Pemudahcara Masyarakat saya di Kg. Jalan Bharu ...

Saturday, October 18, 2008

Organisational Development in A Changing Political Environment

Minggu ini saya berasa amat terkilan kerana tidak dapat pulang ke kawasan kerana dikehendaki menghadiri wokshop yang dianjurkan oleh Setiausaha Agung parti. Saya amat risau kerana saya masih 'berhutang' kelas literasi undang-undang dengan warga Balik Pulau yag sepatutnya sudah melangkah ke ke kelas ke-3. Walaubagaimanapun worshop dua hari tersebut banyak memberi maklumat dan pengetahuan baru kepada orang muda dan kurang pengalaman seperti saya. InsyaAllah saya akan kongsi dengan mereka yang berminat ... Pengalaman di Jerman seperti yang dikongsikan oleh Mr. Manfred Richter yang merupakan seorang tokoh politik yang amat berpengalaman pernah menjadi Datuk Bandar, Ketua Whip, Pengarah Kempen Politik, Ketua Staff amat terselah sekali. Kemampuan Dato' Salehuddin Hashim yang sudah lama saya kagumi sebagai 'Turnaround Manager, tetapi kali ini sebagai 'turnaround' Sec Gen amat terselah. Persiapan memperkasakan pemimpin-pemimpin muda parti amat penting terutama parti melaungkan selogan 'Reformasi' reformnya perlu dapat dinilai oleh rakyat. Saya berpendapat reform hanya boleh berlaku dengan asas ilmu dan kemahiran. Bukan sekadar laungan. Pendekatan baru PKR sebegini saya yakin akan membuatkan langkah ke Putrajaya makin hampir... InsyaAllah... Tahniah our Turnoround Sec Gen!

Wednesday, October 15, 2008

Pengkhianatan Kerajaan


Seorang pegawai kepada PM, juga merupakan teman saya mencadangkan agar saya menelaah buku karya bekas Ketua Kebijakan dan Strategi Tony Blair. Buku ini amat menarik minat saya kerana penulisnya yang mempunyai latarbelakang yang unik dengan kemahiran politik, komunikasi dan juga falsafah timur yang kuat. Perspektif beliau di dalam mengupas mengenai isu fundemental seperti peranan 'state' dan pengkhianatannya terhadap rakyat.

Saturday, October 11, 2008

Persidangan Ahli-Ahli Parlimen ASEAN di Phnom Penh, Cambodia

Lebih kurang jam 4.15pm saya tiba di lapangan terbang antarabangsa Pnom Penh untuk menghadiri Persidangan Ahli-Ahli Parlimen ASEAN mengenai isu Perolehan Pertahanan (Inter-Parliamentary Forum on Security Sector Governance in Southeast Asia) yang dianjurkan oleh Geneva Centre for the Democratic Control of Armed Forces (DCAF) dan Friedrich Ebert Stiftung (FES). Persidangan tersebut juga melibatkan wakil daripada Sekretariat ASEAN dan beberapa pakar antarabangsa.

Friday, October 3, 2008

Majlis Jamuan Hari Raya Parlimen Balik Pulau



































2 Oktober 2008 bersamaan 2 Syawal 1429 warga Parlimen Balik Pulau bersama meraikan 'rumah terbuka bertempat di 'Dataran MUAFAKAT' bersebelahan pejabat saya di Pekan Kg. Jalan Bharu. Selain daripada YB ADUN dan MP, majlis tersebut juga diraikan oleh anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal yang saya jemput khusus sebagai tetamu VIP saya pada hari itu. Terima kasih kepada yang berusaha menjayakan majlis.