MUAFAKAT Corner

Saturday, October 17, 2009

Intergroup Leadership vs MUAFAKAT

Baru-baru ini saya ke kedai buku Borders di Queensbay, Bayan Baru tatkala menemui jalan buntu mengenai teori kepimpinan 'MUAFAKAT' yang cuba saya bangunkan. Alhamdulillah saya bertemu buku susunan Todd L. Pittinsky seorang pensyarah di Pusat Kepimpinan Awam (Center for Public Leadership) di Universiti Harvard yang mengangkat konsep kepimpinan 'Intergroup Leadership' yang amat menarik perhatian saya. Bacaan kali pertama saya menunjukkan terdapat banyak persamaan yang boleh saya pelajari dari konsep tersebut. Terutama sekali sebagai panduan di dalam membangunkan (theorize) teori 'MUAFAKAT'.

Mengikut beliau pemimpin yg berjaya membawa konsep kepimpinan ini dengan berjaya ialah Nelson Mandela yang berjaya menyatupadukan kesemua kelompok di Afrika Selatan selepas beliau keluar dari penjara. Pengarang dan penulis-penulis lain seperti guru-guru kepimpinan seperti Rosaberth Moss Canter yg terkenal dengan buku Confidence juga berpendapat bahawa bukan mudah untuk melaksanakan konsep kepimpinan ini tertutama di dalam masyarakat yang perbalgai latarbelakang.

Buku ini juga menarik perhatian saya kerana terdapat kes-kes contoh (case study) seperti di ruan antara agama (interfaith) seperti karya tokoh interfaith terkenal di Amerika Syarikat seperti Eboo Patel dan lain-lain.

Sekurang-kurangnya kekusutan saya sedikit lega kerana penulis di dalam prakata mengakui bahawa pendekatan kepimpinan ala 'intergroup' aka MUAFAKAT bukan mudah dan sukar tetapi amat diperlukan oleh warga dunia hari ini yang berhadapan dengan pelbagai rencam permasalahan masyarakat e.g. pluralisme, racial, kronisme etc.