MUAFAKAT Corner

Friday, September 26, 2008

Dimensi 'kesusahan' Masyarakat

Hari ini jadual saya boleh dikatakan agak padat. Kata Kamal, pembantu saya, "hari ni best, jadual kita pact!".

10.30 pagi - bertolak dari Gasing Indah ke Pulau Pinang
3.00 petang saya menghadiri Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi membasmi kemiskinan Tegar Tidak Produktif bersama beberapa NGO jemputan di Komtar.
4.30 petang - menghadiri Mesyuarat Majlis ADUN & MP KeADILan di Tingkat 52 Komtar
5.30 petang - bersama JKKK Pulau Betong memberi bantuan kepada fakir miskin di kampung tersebut
7.00 petang - mengahadiri Majlis berbuka puasa dan Mesyuarat Agong Bahagian Bukit Bendera bersama YB Jason Ong
9.30 malam - berceramah di depan Dewan Sri Pinang bersama-sama beberapa pemimpin NGO membantah penahanan Raja Petra dan tahanan ISA lain.

Kesusahan yang dialami penduduk di Balik Pulau disebabkan dasar pembangunanan yang songsang. Manakala kesusahan keluarga Marina Abdullah (isteri Raja Petra) disebabkan oleh undang-undang yang zalim. Dua dimensi kesusahan ini menginsafkan saya sebagi orang muda yang masih belajar erti hidup.








Monday, September 22, 2008

MUAFAKAT@BalikPulau Fasa 1




MUAFAKAT@BalikPulau ataupun Muafakat Rakyat Balik Pulau merupakan satu program 'Community Empowerment & Capacity Building' berorientasikan 'Bottom Up' yang sedang saya rangka sebagai wadah dan wawasan untuk saya berkhidmat untuk rakyat Balik Pulau. Cabaran pertama saya ialah untuk mendapatkan sebanyak dan selengkap mungkin maklumat sosio-ekonomi Balik Pulau. Ini merupakan cabaran bagi saya kerana saya dimaklumkan bahawa sebelum ini cara pentadbiran semenjak merdeka amat berbeza ....... kedai kopi, kenduri kendara, etc. .... InsyaAllah dengan berkat doa ibu, isteri saya dan kawan-kawan saya bertekad untuk membuat perubahan ......... Akademi MUAFAKAT@BalikPulau saya asaskan sebagai usaha kecil memerdekakan minda rakyat Balik Pulau. Dua kelas telah berlalu . Anda & Undang-Undang dan Anda & Pekerjaan merupakan dua kelas pertama yang saya kendalikan. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan walaupun persediaan yang tidak seberapa.