Wednesday, October 22, 2008
MUAFAKAT Usahawan@BalikPulau
Saya mengucapakan tahniah di atas kejayaan sekumpulan anak muda Balik Pulau yang berjaya mempelopori agenda 'Usahawan Sosial' atau 'Social Enterpreneurs' di Balik Pulau http://usahawan.balikpulau.org/. Kali pertama saya mengenali 'Social Entrepreneurs' ialah ketika saya menjadi Fellow Hubert H. Humphrey di Washington D.C. pada tahun 2006. Semasa program Fellowship tersebut saya juga dijemput menghadiri Global Forum di sebuah hotel terkemuka di Adams Morgan bersama beberapa tokoh-tokoh dan perserta 'yang banyak terlibat di dalam program kemasyarakatn ('public service') dari serata dunia. Saya dicalonkan mewakili Malaysia untuk sektor Hak Asasi Manusia & Undang-Undang. Global Forum ketika itu dimulakan dengan ucap utama oleh William Dryton "Bill" yang baru dinobatkan sebagai salah seorang 100 pemimpin paling berpengaruh di dunia melalui usaha Ashoka beliau (http://www.ashoka.org/). Bentuk tubuh yang kecil dan wajah ala Bill Gates membuatkan saya amat tertanya-tanya apakah 'formula' yang menyebabkan beliau menjadi salah seorang pemimpin berpengaruh di dunia. Setelah mendengar ucapan beliau selama sejam barulah saya faham bagaimana kekutan 'social entrepreneurs' di dalam melakukan perubahan masyarakat 'social impact'. Minat saya di dalam model 'usahawan sosial' yang saya lebih suka menggunakan istilah 'Usahawan Masyarakat" berterusan sehinggalah saya bertemu satu lagi tokoh hebat 'social entrepreneur' dari Afhganistan semasa menjadi Fellow di Universiti Stanford cuti musim panas baru-baru ini (May 2008 cuti Parlimen tak bersidang) bernama Sakina Yacobi. Beliau juga dipilih sebagai salah seorang Fellow di Center for Democracy, Development & the Rule of Law (http://cddrl.stanford.edu/) di atas usaha hebat beliau menubuhkan lebih 500 buah sekolah di Afhganistan terutama di kawasan luar bandar. Saya di dalam peringkatan akhir untuk mengkemaskini agenda kecil saya "mailto:MUAFAKAT@BalikPulau" yang merupakan salah satu bahagian utama agenda MUAFAKAT@BalikPulau yang sedang saya rencanakan. Saya amat mengalu-alukan usaha sebegini terutama oleh anak-anak muda tempatan. Syabas! Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau ..Insyallah kalau bantuan buah fikiran saya relevan untuk anda bolehlah email atau terus ke Pusat Pemudahcara Masyarakat saya di Kg. Jalan Bharu ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Apa kah komen tuan dengan yang dikatakan "Politik Kedai Kopi".
Saya amat berbangga YB dapat memahami dengan jelas mengenai konsep Usahawan Sosial... Saya cuba mengatur program Kempen Usahawan Sosial sempena dengan Minggu Usahawan Sosial dengan Pejabat Daerah Dan Tanah... Insya allah, jika tak ada aral melintang. Saya berharap kita dapat berjumpa di bilik mesyuarat bagi KEMPEN MINGGU USAHAWAN GLOBAL BERSAMA JKKK, pejabat daerah pada tarikh cadangan 17hb November 2008. Jika usulan berjaya, saya akan susulkan satu surat rasmi untuk menjemput YB untuk memberi sepatah dua kata.
Sekali lagi, saya menekankan.. KUS BP berkhidmat untuk komuniti tanpa mengira bangsa, agama dan politik. Yang mana elok, datang dari Allah taala, yang buruk datang dari saya.
Sekian, terima kasih.
Salam, saya selaku penggerak komuniti tanpa mengira, bangsa & agama mengalu-alukan kerjasama dari segi pembangunan laman web komuniti & pembangunan usahawan sosial. Kami sedia menjadi hos dan bekerjamsa pihak tuan-tuan atau puan-puan sekiranya berminat....
Jika ada cadangan, saya sudi bekerjasama dengan pihak tuan asalkan tidak meruntuh dan memecah belahkan komuniti dan hasil program itu berguna kepada semua komuniti balik pulau..
Note : Maaflah, saya tidak dapat menyediakan kertas kerja atau menyediakan xtvt khusus utk tuan2/puan2.. Kerana pelbagai program di dalam perancangan KUS BP & PID sedang dilaksanakan..
Walaubagaimanapun kami sedia menyediakan tempat & fasilator asalkan pihak tuan/puan menyediakan peruntukan kos bengkel, peserta yang terlibat serta lain-lain yang dirasakan perlu.. Satu bengkel hanya memerlukan 10 orang untuk mempraktikkan ICT untuk penjanaan kandungan laman web (positif) tempatan. Sekian, Terima Kasih.
Post a Comment