MUAFAKAT Corner

Sunday, March 15, 2009

Permit Polis dan Jalan Genting-Teluk Kumbar

Saya baru sahaja dimaklumkan oleh Pembantu saya bahawa Forum yang saya rancang pada 21 Mac 2009 ini untuk membincangkan Krisis Ekonomi walaubagaimanapun tidak mendapat kelulusan permit polis. Saya dimaklumkan bahawa terdapat arahan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya permit-permit tidak dikeluarkan bagi membincangkan isu-isu semasa. Saya amat terkejut kerana Forum yang bakal saya anjur itu akan lebih bersifat pendiidkan kepada rakyat Balik Pulau dengan menampilkan tokoh-tokoh berkaitan isu ekonomi seperti hak pekerja, ekonomi dan undang-undang.

Bagaimanapun saya agak gembira kerana diberi peluang untuk berbahas di peringkat Jawatankuasa melibatkan Kemerian Kerjaraya. Saya memohon penjelasan daripada Kementerian mengenai status jalan Genting-Teluk Kumbar yang lama terbengkalai sehingga menjejaskan alam sekitar, aspek keselamatan pengguna-pengguna jalan tersebut. saya akan masukkan jawapan Menteri selepas beliau menjawab kelak.

4 comments:

kumaran said...

Jika isu permit juga menjadi masalah bagaimana kita menggunakan "civil society" untuk memperkasakan rakyat.Isu seperti ini perlu diselesaikan dahulu sebelum isu memperkasakan rakyat dimulakan. Hal ini menyebabkan ketakutan rakyat.

HeroHuruHara said...

betul ulasan Kumaran ni.

Ija said...

hmmm... jadi ke tak jadi Ceramah nie... Saya tak sabar nak pergi nie!! Tengok banner dan bendera siap dipasang...

Nampaknya kekuatan jentera program ini kukuh juga... Macam saya dari NGO susah jugak nak bangunkan program sebegini jika tiada kekuatan pelaksana...

fazLi said...

come on YB. Fight for us.
Fight for the right.