MUAFAKAT Corner

Saturday, November 1, 2008

Masyarakat Madani

Semalam saya telah menerima surat perlantikkan sebagai Pengerusi Masyarakat Madani oleh oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Mohammad Fairus Khairuddin selaku Pengerusi Jawatankuasa MMK Penerangan & Perhubungan Masyarakat. Saya di dalam proses menyediakan kertas kerja bagi program yang hendak dilancarkan pada bulan November akan datang dan perlu disiapkan sebelum 5 November. Jadi minggu ini saya mengambil pilihan untuk memfokuskan masa untuk menyiapkan kertas kerja tersebut. Kalau sesiapa yang ada cadangan program yang bersesuaian untuk dilaksanakan di kawasan Barat Daya Pulau Pinang terutama di Parlimen Balik Pulau, sila email kepada saya dengan segera. Harap-harap sempat siap ... (terpaksa bahagi masa dengan perbahasan Bujet di Parlimen)

8 comments:

shahdeliklau said...

Program kesedaran IT, biarpun telah dimualkan oleh Dr. Hilmi dahulunya namun ianya lebih kepada pembelian komputer setaip ruamh namun ruh kefahammannya kurang. Mungkin boleh dikaitan ke situ. Baru banyak bloger dr. Balik Pulau maka maklumat tersebar luas...

Program lain mungkin boleh wujudkan Kelab Perantau Balik Pulau. Mengapa pinggirkan mereka.

Program mandi mayait,korek liang kubur dan Sembahyang Mayit. Banyak yg tak reti..padahal itu yang dituntut...melawat ramai..ok lah tu...tapi pi sembahyang sikit...nak kena tunggu 7 hingga 8 kariah baru boleh on, Aper benda?. " Lambat simpan sebab... 1) Tunggu Orang datang sembahyang_yang berduyun-duyun masa kat rumah tu awat tak ikut skali solat jenazah.

2) Tak ada orang nak mandi mayit,bukan tak dak tapi takut org kampung marah apsal yang mandi mayit org tertentu sajer.Kalau dia ada program alamat kene tunggulah.

3) Liang tak korek lagi.Orang yang korek liang tak ader,kenaper tak pakai buldozer?

Ok itu lah sekadarnya...

Sr Zahry said...

Brother Liklau, point2 yang bro timbulkan hanya meng'confirm'kan betapa jumudnya JK qaryah2 dan ahli2nya sekali. Apakah hasilnya? Tidak lain tetapi malapetaka dan musibah sahaja yang akan menimpa mereka2 orang Islam Balik Pulau sendiri kerana sifat bodoh sombong tak nak insaf kelemahan sendiri dan jahil terhadap kehidupan beragama dan ber'ummah'. Diharap YB Yusmadi dan slogan Muafakat dapat membawa perubahan menyeluruh secara berdikit-dikit tapi konsisten.

Tahniah YB Yusmadi sebab ada jalinan hubungan baik/akrab dengan TKM Fairuz dan diberi kepercayaan penuh olehnya. Didoakan YB akan berpakat dengan TKM Fairuz untuk membawa perubahan drastik kepada umat Islam Balik Pulau.

Selamat beramal dan semuga Allah memberi kekuatan untuk bersabar menghadapi karenah masyarakat yang YB-YB pimpin.

Sr Zahry said...

Bro Liklau,
satu lagi...nota kaki tertinggal tadi! Tentang cadangan guna buldozer...jangan sdr, jangan! Saya ada pengalaman di dua tempat....korek guna buldozer memang senang....bila nak kambus didapati waris dan keluarga simati semuanya tidak setuju sebab nampak terlalu pelik dalam masyarakat Melayu dilakukan oleh mesin. Lazim dipamirkan di tv and akhbar mengambus liang kubur dengan buldozer dilakukan keatas mayat2 yang banyak terbujur bergelimpangan akibat mati lemas kerana banjir atau dibom terutamnya dikalangan orang bukan islam dan kerana terpaksa. Kalau setelah dikorek dengan buldozer kemudian nak kambus oleh volunteer dengan tangan spt contoh yang saya sebut di atas tadi menyebabkan mereka2 hampir pengsan kerana liang dikorek buldozer selalunya oversize. Maka lebih selamat jiga digali dengan secara manual dan kambus pun secara manual. Seperkara lagi bukan mudah oi bagi buldozer nak masuk kubur2 yang telah begi padat melainkan untuk menanam mayat dalam kawasan perkuburan yang baru dirasmikan, masih kosong. Sekadar berkongsi maklumat.

Sr Zahry said...

YB Yusmadi, care to post the summary of your report/working paper so that we can share your aspirations?

Thanks.

shahdeliklau said...

Saya sekadar cuba mengutarakan hakikat kebenaran apa yang berlaku di khariah. Something have to be done. Kita utarakan pandangan ini saudara2 semua kepada setiap kenalan yang kita temui di Balik Pulau. Semua orang ada pengikutnya tersendiri, " Islam itu bermula sedikit dan akan Pulang juga sedikit " Maka beruntunglah menjadi yang sedikit. Terima kasih atas pandangan. Semoga YB boleh ambil apa yang kita komen ini sebagai secebis maklumat yang mungkin berguna untuk perancangan menjadi Masyarakat MAdinah(Madani)
" Orang yang paling Pandai dan Bijak ialah orang yang sentiasa mengingati MATI"

Ija said...

Merujuk kepada komen shahdeliklau :
Program kesedaran IT, biarpun telah dimualkan oleh Dr. Hilmi dahulunya namun ianya lebih kepada pembelian komputer setaip ruamh namun ruh kefahammannya kurang. Mungkin boleh dikaitan ke situ. Baru banyak bloger dr. Balik Pulau maka maklumat tersebar luas...

Program lain mungkin boleh wujudkan Kelab Perantau Balik Pulau. Mengapa pinggirkan mereka.
...................................
Salam, kami kelab usahawan sosial balik pulau menawarkan kursus ICt dan bengkel laman web usahawan.. Sekiranya berminat, kami sedia menjadi hos/fasilator dan sediakan tempat untuk 10 orang = 1 bengkel...

Walaubagaimanapun begitu, kami berharap agar pihak tuan sediakan kos (we provide free service 4 community) dan peserta yang berminat terutamanya dari para usahawan yang ingin memperkenalkan blog masing2...http://usahawan.balikpulau.org/

Bagi Kelab Perantau, kami bersama heritage 7 art's ed -usm Balik Pulau ada membuat kajian yang menarik mengenai tempat/warisan/sejarah di Balik Pulau itus sendiri...Anda boleh menjana income dengan menjadi tourist guide. Sila hubungi saya jika berminat.

sitihuraizah_abdulrahman@yahoo.com

bulatino said...

aku tggl no. fon suruh hang call, hang x layan pun..YB apa hang nih..? hang dilantik oleh rakyat teluk bahang utk berkhidmat. Sebab tu org panggil hang YB. HANG JGN PERASAN YG YB TU YG BERHORMAT.Org xkan hormat hang kalau rakyat nak mengadu masaalah tp buat x endah.Sedar la sikit diri tu, bukan kah rakyat yg berikan mandat utk hang jalankan tanggungjawab utk membela nasib rakyat. utamakanlah rakyat yg hang wakili..bukannya aku marah pasai hang x call aku...cuma bagi nasihat. sebab aku tau,hang memang bijak dan cerdik. tapi hang jgn la lupa dkt org2 yg bodoh macam kami..sebodoh2 kami, kami tau macam mana nak guna kelebihan yg kami ada..apa dia kelebihan tuh?
kami tau mcm mana nak pangkah dan macammana nak rite..masa aku dok reformasi dulu hang pun x boleh mengundi lagi...mintak maaf kalau terasa hati..aku sampai mati re4maC
.

bulatino said...

shah dek lau...yb yusmadi x call aku pun....
x paaaa
sekali lg mengundi..dia tau la langit tu tinggi ka rendah
hang tolong bg tau kat yusmadi...dekat teluk bahang org2 aku kalau aku kata hitam hitam lah
kalau putih, putih la.
sendiri mau igt..aku bg tempoh kat hang sebelum aidil fitri tahun nih..
kalau dia x call aku juga,alamatnya sepenggal sajalah dia bergelar YB..habag kt dia masa di asrama almashoor dulu dia terketaq2 kena jd budak suruhan aku..sapa x kenal bulat..la ni mentang hang loyer buruk hg nak belagak...
porrraaahhhhh