MUAFAKAT Corner

Saturday, November 22, 2008

Jadual Kerja 21, 22 & 23 Nov 2008






21 Nov 2008 (Jumaat)

10.30 pagi - Berlepas daripada KLIA ke Bayan Lepas
11.30 pagi - Pemudahcara Masyarakat, Halil menjemput saya dari aiport
12.30 tgh hari - Sembahyang Jumaat di Masjid Sungai Batu
2.30 ptg - Di Kuala Pulau Betong, program Dialog bersama para nelayan daripada kawasan Gertak Sanggul, Kuala Pulau Betong, Sg. Burung, Kuala Jalan Bharu, Kuala Sg. Pinang dan Pantai Acheh. Juga dihadiri oleh Ketua Penguatkuasa Jabatan Maritim Malaysia bersama beberapa pegawai beliau.
4.30 ptg - Menghadiri Mesyuarat Majlis MP & ADUN PKR dan Ketua Menteri di Tingkat 52, Komtar.
8.00 malam - Temuduga oleh Pelajar Sarjana USM mengenai isu Gender di dalam politik Malaysia
10.00 malam - Mesyuarat bersama Pemudahcara-Pemudahcara Masyarakat Parlimen Balik Pulau

22 Nov 2008 (Sabtu)

10.00 pagi - Dialog bersama JKKK Kuala Sungai Pinang, Pantai Acheh dan Sg. Pinang.
1.00 tgh hari - Pertemuan dengan Pengerusi JKKK Sg. Burung
2.00 ptg - Mesyuarat bersama Usahawan Wanita dari Kg. Perlis
2.15 ptg - Khidmat nasihat guaman melibatkan kes kematian penduduk Kuala Sg. Pinang
2.30 ptg. - Menghadiri Kelas Bahasa Cina di Akademi Rakyat
3.30 ptg - Khidmat guaman kes pembuangan kerja penduduk Permatang Pasir
4.30 ptg - Pertemuan dengan Pengerusi JKKK Gertak Sanggul

23 Nov 2008 (Ahad)

7.30 pagi - Menghadiri Larian di Taman Perbandaran (Taman Belia) anjuran YB Jason Ong
12.00 tgh hari - Menghadiri Kenduri di Flat Hijau, Simpang Empat
2.00 petang - Mesyuarat bersama Pemudahcara-Pemudahcara Masyarakat Parlimen Balik Pulau

Monday, November 17, 2008

Jadual Kerja 14, 15 dan 16 November 2008








1. Berucap di Majlis Penerangan Isu Semasa di Yayasan Aman bersama YB Tuan Fairus Khairuddin Timbalan Ketua Menteri 1, YB Sim Tze Sin dan Pak Mustafa Kamal Setiausaha Pehubungan Negeri.
2. Bersama Encik Johari Pengerusi JKKK Bukit Gemuruh membuat kunjungan dan siasatan terhadap projek perumahan di Teluk Kumbar yang memudaratkan rumah-rumah bersebelahan.
3. Menghadiri Majlis Kenduri di Kampung Jalan Bharu.
4. Berucap di Majlis Penerangan Isu-Isu Semasa di Tasek Gelugor bersama-sama YB Malik Kassim dan YB Low Choo Kiang







Monday, November 3, 2008

Kelas Bahasa Cina













Hari Sabtu lepas bermula kelas Bahasa Cina di Akademi Rakyat yang dikendalikan oleh seorang bekas guru yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa JKKK Sungai Pinang. Kehadiran masyarakat Melayu untuk sama-sama belajar bahasa yang amat berpengaruh di iklim ekonomi sejagat sekarang amat menarik minat saya. Tahniah Cikgu!

Saturday, November 1, 2008

Masyarakat Madani

Semalam saya telah menerima surat perlantikkan sebagai Pengerusi Masyarakat Madani oleh oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Mohammad Fairus Khairuddin selaku Pengerusi Jawatankuasa MMK Penerangan & Perhubungan Masyarakat. Saya di dalam proses menyediakan kertas kerja bagi program yang hendak dilancarkan pada bulan November akan datang dan perlu disiapkan sebelum 5 November. Jadi minggu ini saya mengambil pilihan untuk memfokuskan masa untuk menyiapkan kertas kerja tersebut. Kalau sesiapa yang ada cadangan program yang bersesuaian untuk dilaksanakan di kawasan Barat Daya Pulau Pinang terutama di Parlimen Balik Pulau, sila email kepada saya dengan segera. Harap-harap sempat siap ... (terpaksa bahagi masa dengan perbahasan Bujet di Parlimen)