MUAFAKAT Corner

Monday, September 22, 2008

MUAFAKAT@BalikPulau Fasa 1




MUAFAKAT@BalikPulau ataupun Muafakat Rakyat Balik Pulau merupakan satu program 'Community Empowerment & Capacity Building' berorientasikan 'Bottom Up' yang sedang saya rangka sebagai wadah dan wawasan untuk saya berkhidmat untuk rakyat Balik Pulau. Cabaran pertama saya ialah untuk mendapatkan sebanyak dan selengkap mungkin maklumat sosio-ekonomi Balik Pulau. Ini merupakan cabaran bagi saya kerana saya dimaklumkan bahawa sebelum ini cara pentadbiran semenjak merdeka amat berbeza ....... kedai kopi, kenduri kendara, etc. .... InsyaAllah dengan berkat doa ibu, isteri saya dan kawan-kawan saya bertekad untuk membuat perubahan ......... Akademi MUAFAKAT@BalikPulau saya asaskan sebagai usaha kecil memerdekakan minda rakyat Balik Pulau. Dua kelas telah berlalu . Anda & Undang-Undang dan Anda & Pekerjaan merupakan dua kelas pertama yang saya kendalikan. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan walaupun persediaan yang tidak seberapa.



2 comments:

shahdeliklau said...

Cabaran pertama saya ialah untuk mendapatkan sebanyak dan selengkap mungkin maklumat sosio-ekonomi Balik Pulau. Ini merupakan cabaran bagi saya kerana saya dimaklumkan bahawa sebelum ini cara pentadbiran semenjak merdeka amat berbeza ....... kedai kopi, kenduri kendara, etc. ....

Dalam mahu mendapatkan maklumat itu tuan perlu tuan jangan membataskan pergaulan tuan,tuan sibuk,yes...tuan banyak perkara besar untuk difkirkan,yes...tapi cubalah sedaya upaya tuan dalam mengimbangi kata-kata orang lain dalam mempengaruhi tuan...awaslah dengan orang-orang disekeliling tuan...jangan hanya lihat pada Jalan Bharu...sahaja Kongsi,Simpang 4,Pondok Upeh pun Parlimen Balik Pulau.

Carilah...cari mereka.

Anonymous said...

setuju to bro Shah! Pulau Betong, Teluk Bahang dah nampaknya covered, tapi byk area dlm pekan Balik Pulau sendiri kurang covered, seperti yang disenaraikan.