Sunday, November 22, 2009
Balik Pulau Perlukan Rubanisation
Balik Pulau perlukan pendekatan baru di dalam merancang pembangunan setempat. Rubanisation http://www.rubanisation.org/ mampu memberi jawapan kepada pendekatan konvensional perancangan bandar yang tidak mampu melihat kekuatan strategik Balik Pulau sebagai kawasan yang sama penting dengan George Town.
Saturday, October 17, 2009
Intergroup Leadership vs MUAFAKAT
Baru-baru ini saya ke kedai buku Borders di Queensbay, Bayan Baru tatkala menemui jalan buntu mengenai teori kepimpinan 'MUAFAKAT' yang cuba saya bangunkan. Alhamdulillah saya bertemu buku susunan Todd L. Pittinsky seorang pensyarah di Pusat Kepimpinan Awam (Center for Public Leadership) di Universiti Harvard yang mengangkat konsep kepimpinan 'Intergroup Leadership' yang amat menarik perhatian saya. Bacaan kali pertama saya menunjukkan terdapat banyak persamaan yang boleh saya pelajari dari konsep tersebut. Terutama sekali sebagai panduan di dalam membangunkan (theorize) teori 'MUAFAKAT'.
Mengikut beliau pemimpin yg berjaya membawa konsep kepimpinan ini dengan berjaya ialah Nelson Mandela yang berjaya menyatupadukan kesemua kelompok di Afrika Selatan selepas beliau keluar dari penjara. Pengarang dan penulis-penulis lain seperti guru-guru kepimpinan seperti Rosaberth Moss Canter yg terkenal dengan buku Confidence juga berpendapat bahawa bukan mudah untuk melaksanakan konsep kepimpinan ini tertutama di dalam masyarakat yang perbalgai latarbelakang.
Buku ini juga menarik perhatian saya kerana terdapat kes-kes contoh (case study) seperti di ruan antara agama (interfaith) seperti karya tokoh interfaith terkenal di Amerika Syarikat seperti Eboo Patel dan lain-lain.
Sekurang-kurangnya kekusutan saya sedikit lega kerana penulis di dalam prakata mengakui bahawa pendekatan kepimpinan ala 'intergroup' aka MUAFAKAT bukan mudah dan sukar tetapi amat diperlukan oleh warga dunia hari ini yang berhadapan dengan pelbagai rencam permasalahan masyarakat e.g. pluralisme, racial, kronisme etc.
Thursday, September 17, 2009
Sunday, August 9, 2009
Bentang Kertas Kerja di Kongres Antarabangsa AIDS Asia dan Rantau Pacifik di Bali
Saya akan membentang kertas kerta bertajuk Peranan dan Tanggungjawab Negara Terhadap Masyarakat yang Bergerak (Mobile Population). Maklumat lanjut boleh layari http://blog.yusmadi.com/ dan 9th International Congress on AIDS in Asia and the Pacific http://www.icaap9.org/
Tuesday, July 14, 2009
MUAFAKATWarisan@BalikPulau - Balik Pulau Reading Club
Kelab Bacaan Balik Pulau (Balik Pulau Reading Club) dikhabarkan telah wujud sekitar awal tahun 1900an di Balik Pulau. Uasaha Dr. Sun Yat Sen dan rakan-rakan beliau amat mengagumkan saya apabila dilihat daripada aspek keutamaan aktiviti perlaksanaan agenda perjuangan dan iltizam kegigihan sekiranya dibayangkan keadaan Balik Pulau ketika tahun 1900an dan dibandingkan dengan sekarang.
Saturday, June 6, 2009
MUAFAKAT Kebudayaan & Warisan@BalikPulau

Ketuanan Rakyat merupakan salah satu falsafah utama perjuangan Parti KeADILan Rakyat (KeADILan). Ramai yang tertanya-tanya bagaimana falsafah tersebut dapat digunapakai di dalam proses harian masyarakat. Pada permahaman saya Ketuanan Rakyat mengangkat pandangan rakyat sebagai keutamaan yang bersifat 'Bottom Up' berbanding dengan pendekatan lain yang lebih bersifat 'Top-Down'. Ia mberi implikasi kepada 'participatory democracy' (demokrasi yang disertai) di kalangan rakyat setempat. Saya ingin menggunakan pendekatan 'Ketuanan Rakyat' di dalam segenap pendekatan pembangunan di Balik Pulau InsyaAllah.
Pasar Lama Balik Pulau
Di dalam kesempatan ini saya ingin menganjurkan Pertandingan membuat cadangan/proposal untuk Pasar Lama Balik Pulau yang sekarang ini di dalam perancangan MPPP untuk dibangunkan semula selepas sekian lama diabaikan selepas dibangunkan Pasar Baru Balik Pulau. Saya yakin rakyat Balik Pulau mempunyai pandangan yang hebat. Saya akan mengusulkan cadangan terbaik terutama sekali oleh rakyat Balik Pulau ke pihak MPPP untuk membuat keputusan. Pendekatan tersebut juga dilakukan di tempat lain http://www.wallawalladesign.com/ . Tujuan utamanya ialah agar berlaku pemerkasaan rakyat (human empowerment), impak sosial (social impact) dan yang lebih penting lagi ialah pembangunan yang menjadi pilihan rakyat tempatan. Sila hantar Cadangan/Proposal anda ke info.balikpulau@gmail.com atau kepada saya sendiri di yusmadi.yusoff@gmail.com
Monday, April 20, 2009
Forum Krisis Ekonomi di Balik Pulau
FORUM " KRISIS EKONOMI "
Tarikh:
21 APRIL 2009 ( SELASA )
Masa:
8.00 MALAM HINGGA 11.30 MALAM
Tempat:
DEWAN BALORA MASTIKA
KONGSI, BALIK PULAU, PULAU PINANG
Panel Jemputan:
YB YUSMADI YUSOFF
(AHLI PARLIMEN BALIK PULAU
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN NEGERI PULAU PINANG)
YBHG DR NASIR IBRAHIM
PRESIDEN PARTI SOSIALIS MALAYSIA
YBHG ABDUL RAZAK
PRESIDEN MTUC PULAU PINANG
Maklumat lanjut hubungi:- 019 566 9518 & 016 437 3212
Subscribe to:
Posts (Atom)


