MUAFAKAT Corner

Saturday, June 6, 2009

MUAFAKAT Kebudayaan & Warisan@BalikPulau



Ketuanan Rakyat merupakan salah satu falsafah utama perjuangan Parti KeADILan Rakyat (KeADILan). Ramai yang tertanya-tanya bagaimana falsafah tersebut dapat digunapakai di dalam proses harian masyarakat. Pada permahaman saya Ketuanan Rakyat mengangkat pandangan rakyat sebagai keutamaan yang bersifat 'Bottom Up' berbanding dengan pendekatan lain yang lebih bersifat 'Top-Down'. Ia mberi implikasi kepada 'participatory democracy' (demokrasi yang disertai) di kalangan rakyat setempat. Saya ingin menggunakan pendekatan 'Ketuanan Rakyat' di dalam segenap pendekatan pembangunan di Balik Pulau InsyaAllah.
Pasar Lama Balik Pulau
Di dalam kesempatan ini saya ingin menganjurkan Pertandingan membuat cadangan/proposal untuk Pasar Lama Balik Pulau yang sekarang ini di dalam perancangan MPPP untuk dibangunkan semula selepas sekian lama diabaikan selepas dibangunkan Pasar Baru Balik Pulau. Saya yakin rakyat Balik Pulau mempunyai pandangan yang hebat. Saya akan mengusulkan cadangan terbaik terutama sekali oleh rakyat Balik Pulau ke pihak MPPP untuk membuat keputusan. Pendekatan tersebut juga dilakukan di tempat lain http://www.wallawalladesign.com/ . Tujuan utamanya ialah agar berlaku pemerkasaan rakyat (human empowerment), impak sosial (social impact) dan yang lebih penting lagi ialah pembangunan yang menjadi pilihan rakyat tempatan. Sila hantar Cadangan/Proposal anda ke info.balikpulau@gmail.com atau kepada saya sendiri di yusmadi.yusoff@gmail.com