Saya baru sahaja dimaklumkan oleh Pembantu saya bahawa Forum yang saya rancang pada 21 Mac 2009 ini untuk membincangkan Krisis Ekonomi walaubagaimanapun tidak mendapat kelulusan permit polis. Saya dimaklumkan bahawa terdapat arahan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya permit-permit tidak dikeluarkan bagi membincangkan isu-isu semasa. Saya amat terkejut kerana Forum yang bakal saya anjur itu akan lebih bersifat pendiidkan kepada rakyat Balik Pulau dengan menampilkan tokoh-tokoh berkaitan isu ekonomi seperti hak pekerja, ekonomi dan undang-undang.
Bagaimanapun saya agak gembira kerana diberi peluang untuk berbahas di peringkat Jawatankuasa melibatkan Kemerian Kerjaraya. Saya memohon penjelasan daripada Kementerian mengenai status jalan Genting-Teluk Kumbar yang lama terbengkalai sehingga menjejaskan alam sekitar, aspek keselamatan pengguna-pengguna jalan tersebut. saya akan masukkan jawapan Menteri selepas beliau menjawab kelak.
Sunday, March 15, 2009
Thursday, March 12, 2009
MUAFAKAT Keushawanan & Ekonomi@Balik Pulau
Pendekatan kerajaan di dalam melaksanakan Pakej Ransangan bernilai 60 Billion amat merisaukan saya di atas beberapa alasan:-
1. Tiada Mekanisma yang telus dan berwibawa untuk memantau perlaksanaan pakej tersebut. (saya telah mencadangkan kepada Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak semasa berbahas tengah hari tadi sambil mencadangkan agar satu Website Khusus diwujudkan bagi melapor dan menerbitkan segala maklumat berkiatan perkembangan penggunaan Pakej tersebut dan dapat dilihat oleh rakyat. Cadangan tersebut juga disokongan oleh Ahli Parlimen Kelang, Encik Charles Santiago dan Saudara Lim Kit Siang dari Ipoh Barat)
2. Pendekatan 'hutang' yang diambilkan akan membebankan kerajaan di masa akan datang berbanding dengan pendekatan 'keusahawanan' yang lebih menggalakkan mandiri dan memperkasakan rakyat.
3. Pakej tersebut juga tidak dapat memberi keyakinan kepada pelabur disebabkan ianya dipersembahkan di dalam suasana sistem perundangan negara (rule of law) dan sistem keadilan (justice system) yang masih diragui dengan isu kebebasan yang menghantui institusi sokongan (mungkin pendokong utama) ekonomi seperti badan kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara, Polis, SPR yang masih dipertikaikan kewibawaannya.
Saya yakin banyak lagi perkara yang boleh dibincangkan bagi menjamin wang rakyat (60 billion) tersebut betul betul dimanfaakat untuk kepentingan rakyat.
Lantaran itu saya berpendapat agar diskusi dan perbincangan isu dasar dan pokok ini perlu didedahkan kepada masyarakat di Parlimen Balik Pulau. Pada 21 Mac 2009 bertempat di Dataran Muafakat di Kg. Jalan Bharu, Balik Pulau (belakang pejabat saya) satu Forum MUAFAKAT@BalikPulau bertemakan "Rakyat MUAFAKAT, Ekonomi Hebat". InsyaAllah tokoh-tokoh hebat seperti YB Abdullah Sani yang merupakan Exco MTUC dan Pengerusi Kokus (Jawatankuasa) Pekerja Parlimen, Datuk Salahuddin Hashim, Setiausaha Agung PKR dan tokoh korporat yang berpengalaman luas (anak didik Tun Ismail Ali, gabenor pertama Bank Negara) dan Saudara Shamsul Iskandar, Ketua AMK PKR Pusat yang juga peguam yang banyak mengendalikan kes-kes pekerja akan bersama warga Balik Pulau sebagai Panel Forum tersebut dan dipengerusikan oleh saya sendiri.
Forum tersebut akan adalah sebahagian daripada program MUAFAKAT Keusahawanan dan Ekonomi@Balik yang akan dianjurkan oleh Pusat Pemudahcara dan Maklumat Masyarakat Parlimen Balik Pulau.
Ayuh datang beramai-ramai nyatakan pendapat dan pandangan anda. Saya yakin warga Balik Pulau mempunyai pandangan yang bernas!

Subscribe to:
Posts (Atom)