MUAFAKAT Corner

Sunday, February 8, 2009

Sumbangan Anak Muda terhadap Demokrasi Pilihanraya Negara

Krisis di Perak telah mengerah tenaga dan pemikiran saya untuk memahami apakah latar sejarah di sebalik kejadian tersebut. Saya telah mengambil buku karya Joseph M. Fernando ahli sejarah dari Universiti Melaya bertajuk The Making of the Malayan Constitution yang diterbitkan pada tahun 2002 oleh The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS).

Di muka surat 12 saya menjumpai perenggan yang amat menarik perhatian yang boleh kita jadikan asas bagi memahami latar sejarah Demokrasi Pilihanraya di Malaysia. “The High Commisisoner had to overcome the reluctance of the Malay Rulers to the introduction of elections.
[nota kaki 15] “Minutes of 10th Conference of Rulers, 22-23 February 1950. The Sultan of Kedah, for example, explained his reservations on the introduction of elections: “The most important prerequisite for democracy is education … Without enlightened public opinion a democratic system of Government will be liable to unsteadiness or even confusion and chaos. One danger is that it may be transformed into a single party government through a few skilled electioneers working among the apathetic population and this will work towards dictatorship”.

Walaubagaimanapun Sir Gurney tidak bersetuju dengan hujah tersebut malah masih mahu meneruskan agenda pilihanraya Perbandaran pada tahun 1951. Yang menarik perhatian saya ialah alasan yang beliau gunakan, iaitu:
“Minutes of Conference of Rulers, 22-23 February 1950. Gurney told the Rulers: “I do not wish to pursue this matter further this morning, but I would like to see Municipal elections soon. If we were to go round the schools in this country, we should find that the views of the young people are that they want elections”.

Berdasarkan fakta di atas saya yakin bahawa kerisauan 50 tahun dulu oleh YM Sultan Kedah bahawa tidak terdapat “enlightened public opinion” mungkin terjawab dengan perkembangan pendidikan dan kecanggihan teknologi maklumat kini yang dapat kita lihat melalui blog, facebook dan sebagainya yang telah meyemarakkan lagi penyertaan rakyat dalam proses demokrasi di negara.

Saya yakin Anak Muda “the young people” istilah yang digunakan kira-kira lima puluh tahun lalu akan sekali mampu menyelesaikan krisis Demokrasi negara kita. Generasi Y yang wujud selepas Generasi X kini telah mendapat ‘pencerahan’ ataupun ‘enlightenment’ selepas 8 Mac 2008 akan mampu memastikan demokrasi di Malaysia subur dan kerisauan ”dictatorship” seperti yang digambarkan itu akan berlkau sekiranya krisis di Perak dibiarkan sebegitu sahaja.
Ayuh Anak Muda cipta sejarah demokrasi seperti yang pernah anda lakukan lebih 50 tahun dulu!

Wednesday, February 4, 2009

DEMOKRASI FEDERALISME DICABULI DAN TIDAK DIHORMATI

3.2.2009

KENYATAAN AKHBAR

PECEROBOHAN DAN PENGABAIAN BANGUNAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG OLEH KEMAS DAN UMNO, BALIK PULAU

Saya berasa amat kesal di atas tindakan oleh pimpinan UMNO Balik Pulau yang memutarbelitkan fakta kejadian yang kononnya pihak Pakatan Rakyat telah tidak membenarkan penggunaan bangunan kerajaan negeri di Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau untuk kegunaan pendidikan Tabika Kemas seperti yang dilaporkan di media utama tempatan pada 3.2.2009.

Sebagai penjelasan terhadap kekeliruan fakta saya sertakan dibawah kronologi peristiwa sebelum berlakunya seperti yang dilaporkan.

Kronologi peristiwa:

5/8/08
AJK Kemas telah mengeluarkan semua kemudahan yang terdapat di dalam Tabika Kemas tersebut atas sebab berlaku perubahan kerajaan di Pulau Pinang.

20/8/08
Encik Abdul Rahim Bin Md Isa selaku Timbalan Pengerusi JKKK Kuala Sg Pinang) orang yang dipertanggungjawabkan oleh Pengerusi JKKK Kuala Sungai Pinang untuk menguruskan premis berkenaan telah meminta Tabika Kemas tersebut beroperasi seperti biasa walau pun kerajaan Pakatan Rakyat memerintah ketika itu.

4/12/08
JKKK Kuala Sungai Pinang mengeluarkan surat membenarkan pengunaan dewan orang ramai tersebut bersyarat memandangkan terdapat aduan bahawa premis berkenanaan digunakan untuk bermalam oleh keluarga AJK Kemas di situ. (rujuk Lampiran surat bertarikh 4/12/2008). Walaubagaimanapun sehingga kini tiada jawapan daripada pihak Pengarah Kemas Pulau Pinang.

2/1/09
Pengerusi UMNO Cawangan Sg. Pinang Encik Ismail Johar telah menceroboh premis tersebut dengan memotong kunci tanpa pengetahuan JKKK Kuala Sungai Pinang sambil berteriak bahawa “Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) bukan ada kuasa”.

3/1/09
Pihak JKKK Kuala Sg Pinang telah menjemput AJK Kemas berkenaan untuk bermesyuarat menyelesaikan isu tersebut dengan dipengerusikan oleh YB Yusmadi Yusoff selaku Ahli Parlimen Balik Pulau. Walaubagaimanapun AJK Kemas berkenaan tidak hadir semasa mesyuarat tersebut walaupun telah dijemput dan dimaklumkan oleh pihak JKKK Kuala Sungai Pinang. Mesyuarat bersetuju untuk memberi peluang untuk pihak Kemas Negeri menjawab surat bertarikh 4/12/2008 dan memaklumkan mengenai pencerobohan yang berlaku pada 2/1/2008. Sehingga kini tiada sebarang jawapan oleh pihak Kemas Negeri.

2/2/09
Dewan tersebut telah di kunci oleh JKKK Kuala Sungai Pinang memandangkan tiada sebarang jawapan dibuat oleh Kemas Negeri Pulau Pinang menunjukkan mereka tidak berminat untuk berkerjasama dengan pengurusan premis tersebut.

Berdasarkan fakta-fakta di atas peristiwa seperti yang dilaporkan tidak sepatutnya timbul dan diexploitasikan oleh pimpinan UMNO Balik Pulau.

Sikap angkuh pimpinan UMNO yang mengekploitasikan isu pendidikan dibuat bagi mengalihpandangan masyarakat daripada isu sebenar iaitu:

a) Salahguna premis oleh pihak AJK Kemas dengan menjadikan premis tersebut tempat bermalam oleh keluarga mereka.
b) Kemas tidak mengendahkan arahan JKKK Kuala Sungai Pinang agar berkerjasama dan premis tersebut juga boleh digunakan untuk aktiviti lain oleh masyarakat setempat.
c) Pencerobohan premis tersebut oleh Pengerusi UMNO Cawangan Sungai Pinang

Sikap rakus dan desperado UMNO menunjukkan bahawa mereka sanggup mempergunakan apa-apa saja isu seperti pendidikan bagi menghukum pilihan demokrasi rakyat setempat. Kemas yg dipimpin oleh kerajaan Pusat/UMNO sepatutnya menyantuni kerajaan negeri seperti yang digariskan di dalam amalan Federalisme apabila keputusan yang demokratik telah dibuat oleh rakyat setempat.


Yusmadi Yusoff
Ahli Parlimen Balik Pulau

Tuesday, January 27, 2009

MUAFAKAT Budaya & Warisan@Balik Pulau



Buat pertama kali kira 30 orang warga Balik Pulau mewakili Masyarakat Madani di kawasan Daerah Barat Daya dan Parlimen Balik Pulau bermuafakat untuk mengangkat isu kemanusian antarabangsa sebagai tema program senada dengan perkembangan terkini masyarakat global. Datanglah beramai-ramai ke Komplek Sukan Balik Pulau. Keikhlasan rakyat marhaen di Balik Pulau untuk menjayakan program ini amat saya kagumi. Benih 'Renaissance/Nahdah' sudah mula bercambah kembali selepas ianya disemai sekitar tahun 1900an oleh beberapa tokoh hebat antaranya Dr. Sun Yat Sen yang melalui pergerakkan Tong Meng Hui Society telah mewujudkan Balik Pulau Reading Club sekitar tahun 1902. Begitu juga tokoh-tokoh agama berketurunan Acheh yang menjadikan Balik Pulau sebagai penempatan sehingga terbentuklah masjid-masjid seperti Masjid Bagan Ayer Itam di Kg. Jalan Bharu (tempat saya dilahirkan) dengan senibina tiang batu pejal yang diukir indah dan masih kekal walaupun masjid tersebut sudah diubahsuai. Kekuatan Budaya & Warisan yang sudah sedia ada wujud di Balik Pulau akan mampu membina jati diri dan keyakinan rakyat Balik Pulau di dalam menghadapi cabaran semasa baik di peringkat domestik mahupun global. Maka bermulalah MUAFAKAT Budaya & Warisan@Balik Pulau InsyaAllah sama-sama kita doa agar ia diberkati dan berterusan.

Monday, January 12, 2009

MUAFAKAT Ahli Parlimen Mengecam Rejim Zionis Israel

Semalam kami berhujah Usul tergempar Gaza-Palestine oleh Perdana Menteri bermula jam 2.30 ptg dan tamat jam lebih kurang 11.00 malam. Majlis disudahi dengan penyampai resolusi usul dan tabung kutipan untuk mangsa Palestine oleh Pak Lah dan Ahli-Ahli Parlimen daripada Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Thursday, January 1, 2009

Selamat Tahun Baru dan Maal Hijrah

1 Januari 2009

9.30 pagi - Temuramah dengan Wartawan China Press mengenai Parlimen Balik Pulau di Lobby Hotel Traders di Georgetown.

12.30 tgh hari - Hadiri program Sukan Rakyat JKKK Mukim 21, Guar Perahu di Padang Bolasepak Guar Jering.

2.30 petang - Hadiri Mjalis Penyampaian Hadiah Pertandingan Futsal Tertutup di Kg. Baru Sungai Ara anjuran Kelab Nusa Jaya

4.00 petang - Hadiri program Pemberian Pokok Tanaman di Kg. Sg. Burung anjuran JKKK Sg. Burung

5.00 petang - rehat

8.30 malam - Pertemuan dengan Wanita dan Mesyuarat Bahagian KeADILan Balik Pulau

9.00 malam - Program Menyambut Tahun Baru dan Sukan Rakyat di Kg. Titi Teras Anjuran JKKK Titi Teras dan Jawatankuasa

11.00 malam - 'Lepak-lepak Berisi' Bersama Ketua AMK Tanjung

Sunday, December 21, 2008

MUAFAKAT Kebudayaan & Warisan@Balik Pulau






























































































Minggu ini saya berkesempatan menziarah saudara Arif, AJK JKKK Sungai Ara yang baru kehilangan isteri yg kembali kerahmatullah. Dikesempatan yg sama saya sempat berdiskusi dgn Dr. Danial Zainal Abidin, abang kepada saudara Arif yg kebetulan berada di rumah. Kami sempat berbincang mengenai aktiviti masyarakat Madani terutama sekali yg berjaya dilakukan oleh Jemaah Islah Malaysia (JIM) di kawasan Balik Pulau.

Saya kemudian ke hospital Lam Wah Eee untuk menziarahi Pengerusi JKKK Teluk Kumbar, saudara Talha yg menjalani pembedahan lutut. Walaubagaimanapun apabila sampai di hospital tersebut kami dimaklumkan bahawa beliau baru memasuki bilik pembedahan.

Seterusnya saya menghadiri mesyuarat Perhubungan Negeri Pulau Pinang yg dipengerusikan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim di Yayasan Aman. Saya dijemput oleh YB Jason Ong ke pasar Padang Tembak untuk pelancaran Program Masyarakat Madani yg mementaskan Teater Musikal 'Ah Ming the Musical'.

Pada sebelah malam saya melawat Pasar malam Sg. Ara dan dijemput mengahadiri prog Skim Mikro Kredit BSN anjuran Persatuan Penjaja-Penjaja Pasar Malam Melayu Pulau Pinang.

Keesokan harinya saya dijemput menghadiri perlancaran "the Discover Balik Pulau Heritage Trail" yang dianjurkan oleh Arts-ED (Community-Based Arts and Heritage Program) di Pasar Baru Balik Pulau. Saya juga menjemput saudara Felix Ooi bersama saya melawat kawasan Pasar Baru Balik Pulau. Majlis itu dibuat untuk melancarkan Peta Warisan Balik Pulau " dikenali DISCOVER Balik Pulau yang dibuat oleh anak-anak tempatan daripada sekolah rendah dan menengah. Projek tersebut merupakan sebahagian daripada projek MyBalikPulau yang telah diusahakan oleh Janet Pillay seorang pensyarah Seni di Universiti Sains Malaysia dan Chen Yoke Pin. Kesempatan di Pasar Balik Pulau saya manfaatkan dengan dialog bersama Pengerusi Penjaja Pasar Melayu dan beberapa peniaga lama di situ yang saya kenali semenjak saya kecil. Saya amat kagum dengan Uncle Hanifah pembuat rempah mampu berbahasa hokien, tamil, inggeris dan Melayu yg baik). Pek Tan Ah Kee org kuat Tokong dan pimpinan nelayan terkenal di Balik Pulau. Malah beliau merupakan Bomoh 'Professional' yg mengejutkan saudara Felix apabila Pek Tan Ah Kee memberi business card beliau sebagai Bomaoh Professional. Saya terharu kerana mereka masih mengenali saya dan keluarga memandangkan saya sering kesitu semenjak saya di bangku sekolah lagi kerana Mak selalu suruh saya berbasikal ke Pasar membeli barangan untuk masakan harian.

Kemudian saya menghadiri kenduri kahwin anak lelaki Marzuki Ibrahim (Adik Dato' Seri Anwar Ibrahim) yang kebetulan berkahwin dengan anak Abg. Aziz di Kg. Titi Teras bersebelahan kg saya, Jalan Bahru. Saya langsung ke Kuala Jalan Bahru, Sg. Burung dan Pulau Betong bagi memenuhi jemputan kenduri kahwin pada hari yg sama.

Kali ini saya juga berkesempatan ke Saujana Height Apartmen di kawasan Sg. Batu bagi menghadiri program dialog bersama ibu bapa dan guru dari Pusat Tuisyen dan Pra Sekolah di situ. Saya juga ditemani oleh saudara Felix Ooi, Ahli Majlis MPPP dan Ketua AMK Bukit Bendera.

Monday, December 8, 2008

Jadual Kerja 7 & 8 Disember - Tahniah Ah Leong!





Selepas pulang dari Jakarta, kira-kira jam 10 malam saya terus ke Bukit Antarabangsa bersama-sama SKUAD AMK yang berkerja kuat untuk meyelamatkan mangsa tanah runtuh.

Saya kemudian bergegas ke Balik Pulau bagi memenuhi beberapa undangan. Ah Leong ataupun nama penuh beliau Leong Kein Cheng, merupakan Pengerusi JKKK Gertak Sanggul, Teluk Kumbar. Ini adalah kali ketiga selepas pilihanraya saya berkunjung ke Gertak Sanggul. Kali ini Ah Leong telah berjaya menjual lebih 100 meja sempena perayaan 12 tahun Tokong Kong Hock Keong. Majlis berlansung pada pada jam 8.30 malam pada 7hb Disember 2008. Kali ini saya menjemput YB Jason Ong, ADUN Kebun Bunga bersama Saudara Felix Ooi, Ahli Majlis MPPP merangkap Ketua AMK Bahagian Bukit Bendera. Kebetulan kami bertiga baru pulang daripada menghadiri program kepimpinan Asian Renaissance: Capacity Building for Future Leaders of Southeast Asia di Jakarta yg juga di hadiri oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim anjuran Institut Kajian Dasar dan Sasakawa Peace Foudation, Jepun.

Saya sempat memberi ucapan ringkas mengenai sejarah pendidikan cina di Pulau Pinang yang juga mendapat sentuhan pemimpin Asian Renaissance unggul Dr. Sun Yat Sen yg mewujudkan Balik Pulau Reading Club sekitar lewat 1890an. Saya dimaklumkan kira-kira lebih seribu orang kaum Tionghua kebanyakkannya daripada Balik Pulau mengahdiri majlis perayaan tersebut. Tahniah Ah Liong !!

Sebelah petang, 4.30 petang saya berceramah di Batu Kawan bersama YB Fairus, YB Low dan juga Pak Mus.

Tahun ini saya bersembahyang Hari Raya di Masjid Bagan Air Itam di Kampung Jalan Bharu. Sebelah malam saya pulang ke PJ untuk beraya bersama keluarga sebelah isteri.