MUAFAKAT Corner

Sunday, April 8, 2012

Dari Jalan Bharu, Balik Pulau ke Hollywood!



Semasa terpilih sebagai Fellow Democracy & Development di Universiti Stanford pada musim Panas 2008, saya telah diberi peluang oleh Ben Moses (producer "Good Morning Vietnam") untuk menyumbang pandangan saya mengenai Demokrasi, Islam, Asia dan Malaysia. Saya telah dipilih oleh Prof. Larry Diamond pakar pengajian Demokrasi tersohor yang menulis buku 'The Spirit of Democracy' yang merupakan Pengarah di Pusat Democracy, Development & the Rule of Law di mana saya bernaumng sebagai Fellow. Pergambaran juga dibuat semasa saya manghadiri persidangan terbesar Demokrasi iaitu World Movement for Democracy di Jakarta dengan kehadiran Putera Hicham Moulay, seorang putera raja Morroco yang juga merupakan Professor pelawat di Stanford.

Pergambaran seterusnya dibuat semasa kami mengikuti kempen pilihanraya kecil di Hulu Selangor yang lalu.

Tajuk asal filem ini ialah 'The Mystery of Democracy' sebelum ianya ditukar sebagai A Whisper to A Roar. Saya mengalu-alukan sopkongan dan padangan anda terhadap filem ini. Maklumat lanjut boleh dilihat di www.awhispertoaroar.com