MUAFAKAT Corner

Saturday, July 31, 2010

MUAFAKAT Sukan - Bolasepak




Semalam berlangsung perlawanan akhir pertandingan bolasepak Parlimen Balik Pulau. Kali ini pasukan JKKK Kongsi mengalahkan pasukan JKKK Sungai Burung berkesudahan dengan tendangan penalti apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat perlawanan. Saya amat kagum dengan 'MUAFAKAT' kesukanan yang ditunjukkan oleh anak-anak muda yang rata-rata berumur 25 tahun ke bawah.
Elemen kepimpinan MUAFAKAT yang diterapkan ialah kerjasama di antara pemimpin (YB), JKKK (NGO), pengadil (sukarelawan), anak-anak muda, masyarakat setempat dan kelompok peniaga kecil (penjual air etc.)

Semalam kami hanya adakan majlis kecil di Azlan Tomyam sebaik sahaja tamat perlawanan. Majlis penyampaian hadiah akan dibuat selepas hari raya. Tahniah anak muda Balik Pulau!