MUAFAKAT Corner

Thursday, March 19, 2015

Salam Muafakat!

InsyaAllah dalam masa terdekats saya akan kembali aktif menulis blog. Tunggu ...

Thursday, January 24, 2013

Yusmadi Ahli Parlimen Sempoi (Jurnal Malaysia)

yusmadi_1Jika dia memakai jeans dan kemeja-t, Yusmadi Yusoff kelihatan seperti seorang pelajar atau pemuda biasa. Maka tidak hairanlah jika orang yang tidak mengenalinya akan merasa terkejut apabila mendapat tahu dia seorang peguam dan Ahli Parlimen.
Saya hanya memakai kot jika di parlimen, di mahkamah atau majlis rasmi sahaja. Tetapi jika di luar atau ketika melawat kawasan, saya selesa berpakaian ringkas seperti jeans dan kemeja-t. Pakaian yang formal akan menimbulkan jurang atau rasa tidak selesa,” katanya.
Raut wajah dan warna kulitnya juga menyebabkan Yusmadi sering disangka bangsa Cina. Bangsa Cina utara menegurnya dalam loghat Hokkien. Apabila ke Thailand pula mereka menyapanya dengan bahasa Siam. Begitu juga apabila Yusmadi berada di Indonesia baru-baru ini, dia disangka Jawa.
Sebenarnya darah Melayu Siam mengalir dalam tubuh saya,” jawab Yusmadi yang boleh dianggap salah seorang Ahli Parlimen yang paling muda di negara ini.
Apakah wajahnya yang “awet muda” itu menyebabkan orang tidak memandang serius?
Masyarkat sekarang tidak begitu. Mereka sudah bijak menilai. Lagipun saya bukannya muda. Umur saya sudah 35 tahun. Bagaimanapun saya menganggap wajah “awet muda” ini sebagai kelebihan yang dapat saya gunakan untuk mendekatkan diri dengan golongan muda,” katanya.
Yusmadi, anak kelahiran Kampung Jalan Bharu, Balik Pulau, dalam usia 35 tahun telah memikul pelbagai tanggungjawab besar. Selain memegang amanah sebagai Ahli Parlimen Balik Pulau, beliau adalah Fellow Hubert H. Humphrey Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia dan Fellow Demokrasi, Pembangunan & Undang-Undang di Universiti Stanford di California.
Yusmadi juga adalah Pengerusi Biro Strategi & Hubungan Antarabangsa serta Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Pulau Pinang dan Parti KeADILan Rakyat (PKR).
Aktivis sosial ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Balik Pulau sebelum melanjutkan pelajaran di SMKA Al-Mashoor Pulau Pinang dan Kolej Islam Sultan Alam Shah, Kelang. Beliau kemudian mengambil jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Yusmadi menganggap dirinya sebagai “late-starter” dalam politik. Katanya, minat menyertai politik timbul lambat kerana sewaktu zaman persekolahan dia lebih meminati sukan dan seni.
Semasa sekolah dulu saya minat rock kapak. Saya juga pernah bekerja sebagai pengurus pentas untuk pertunjukan fesyen Nasha Aziz, selain menjadi ahli Karyawan. Sampai sekarang saya masih mengikuti perkembangan seni dan sukan.
Saya mula menceburi dunia politik ketika tahun kedua fakulti undang-undang. Itupun secara kebetulan apabila saya diajak bertanding sebagai naib presiden persatuan undang-undang,” kata Yusmadi yang dikenali sebagai “peguam selebriti” di kalangan orang seni.
Ini kerana beliau sudah banyak kali membantu golongan karyawan seni di mahkamah. Yusmadi pernah mengendalikan kes wartawan hiburan disaman oleh Sharifah Aini (Zieman dari The Star dan Saodah Ismail dari Agendadaily).
Antara selebriti lain yang pernah dibantunya ialah Habsah Hassan (penulis lirik), Betty Banafe (penyanyi) dan Kumpulan Mohram. Beliau juga memberi khidmat nasihat kes perceraian Erra Fazira dan Yusry KRU.
Yusmadi yang juga pernah menjadi kolumnis Utusan Malaysia menerusi ruangan “Dengan Izin”. Di bawah firma guamannya sendiri, Fahda Nur & Yusmadi, dia turut terbabit sebagai peguam utama atau peguam bersama dalam beberapa kes berprofil tinggi, antaranya menjadi peguam bela bagi kumpulan Al-Maunah (kes penderhakaan pertama di Malaysia), Ezam Noor (kes OSA) Datuk Seri Koh Kim Teck (kes bunuh) dan peguam bela bagi bekas ahli UMNO, Ruslan Kassim yang disaman oleh Tan Sri Rahim Tamby Chik.
Mengapa Yusmadi menceburkan diri dalam politik?
Saya suka menolong orang. Malah sebagai peguam, saya banyak menolong orang yang terbabit dalam kes-kes hak asasi. Malah, saya tidak mengenakan bayaran kepada golongan yang kurang mampu.
Saya dilahirkan daripada keluarga susah. Ayah saya seorang pemandu dan ibu pula suri rumah. Saya datang dari keluarga yang berpecah-belah. Saya pernah menjual kuih untuk membantu keluarga. Saya tahu bagaimana rasanya hidup susah dan mahu menolong orang yang kurang bernasib baik. Saya yakin saya dapat melakukannya menerusi pembabitan dalam politik,” jawabnya ringkas.
Menceritakan kali pertama dia ditawarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam Pilihanraya Umum 2008, Yusmadi berkata, dia mendapat tentangan dari ibunya yang bimbangkan pembabitannya dalam politik akan menjadikan keluarga mereka lebih susah.
Ibu pernah nasihat, jangan sertai parti pembangkang, nanti hidup susah. Tetapi akhirnya saya berjaya meyakinkan ibu bahawa saya bertanding untuk membantu orang susah. Akhirnya ibu memberikan restu.
Sungguhpun begitu ada pihak telah mengekslpoitasi kebimbangan ibu saya dengan menimbulkan cerita bahawa saya telah menderhaka kepadanya. Tetapi syukurlah, kehadiran ibu semasa hari pengundian telah melenyapkan segala tohmahan.
Walaupun berlawan menentang calon yang lebih berpengalaman, ketika itu saya merasakan boleh menang disebabkan saya adalah anak tempatan.”
Menurut Yusmadi, pada peringkat awal menghadiri Sidang Dewan Rakyat sebagai Ahli Parlimen, beliau berasa bimbang. Tetapi beliau terkejut dengan sikap beberapa ahli BN yang tidak lokek berkongsi ilmu dengannya, seperti Datuk Shahrir Samad dan Datuk Nazri Aziz.
Di parlimen, walaupun BN dan pembangkang berbeza pendapat dan ideologi, tetapi kami profesional. Di dalam dewan kami bertegang urat, tetapi di luar dewan, kami berkawan,” kata Yusmadi, ayah kepada seorang anak lelaki berusia 4 tahun dan anak perempuan berusia dua bulan.
Apakah cabaran paling besar sebagai seorang Ahli Parlimen?
Bagaimana harus memenuhi kehendak rakyat pelbagai kaum di kawasan saya dalam keadaan ketiadaan sumber kerana Ahli Parlimen pembangkang tidak mempunyai peruntukan. Bagi orang kampung, tidak ada bezanya seorang ADUN dengan Ahli Parlimen. Maka, jika ADUN gagal memenuhi kehendak, mereka menjangkakan Ahli Parlimen dapat menyelesaikan masalah.
Bagi pengundi fungsi kami ialah memenuhi harapan mereka. Sehubungan itu saya perlu kreatif dan tekun mencari jalan mencelikkan minda rakyat.”

Monday, January 7, 2013

Terima kasih atas perkongsian maklumat ....

KISAH BERGAMBAR AHLI PARLIMEN PKR YANG TIDAK PEDULI NASIB RAKYAT MISKIN YANG DAHAGAKAN PENDIDIKAN??????

BIAR GAMBAR BERBICARA!!!!

Kisah ini sudah pasti digelapkan dari pengetahuan umum dan media arus perdana milik UMNO/BN seperti Utusan, Berita harian, Kosmo, Harian Metro, The Star dan NSTP termasuk TV3 dan RTM tidak akan terbitkannya.

Ahli Parlimen Balik Pulau, YB Yusmadi Yusof telah dengan inisiatifnya sendiri telah menubuhkan Pusat Pembelajaran yang kondusif secara percuma kepada para pelajar yang tinggal dikawasan parlimen Balik Pulau yang diberi nama, AKADEMI RAKYAT BALIK PULAU.

Dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, merangkap Setiausaha Agung DAP,  YAB Sdr Lim Guan Eng.

Satu idea yang cukup baik dalam menghampiri masyarakat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan.

Dalam majlis itu juga, YB Yusmadi Yusof telah menyampaikan biasiswa dalam bentuk Buku Simpanan Tabung Haji kepada pelajar-pelajar miskin beragama Islam dan voucher tunai kepada yang bukan beragama Islam.

Ini baru betul gaya dan caranya sebagai seorang Ahli Parlimen/Wakil Rakyat dari PKR/PR.

Harap makin ramai lagi akan menyusul jejak langkah YB Yusmadi Yusuf.

UMNO TUMBANG... RAKYAT SENANG...UMNO TERSUNGKUR.. RAKYAT BERSYUKUR... UMNO BERKUBUR...NEGARA MAKMUR.


petikan dari:
 http://omakkau.blogspot.com/2012/11/kisah-bergambar-ahli-parlimen-pkr-yang.html

Sunday, April 8, 2012

Dari Jalan Bharu, Balik Pulau ke Hollywood!



Semasa terpilih sebagai Fellow Democracy & Development di Universiti Stanford pada musim Panas 2008, saya telah diberi peluang oleh Ben Moses (producer "Good Morning Vietnam") untuk menyumbang pandangan saya mengenai Demokrasi, Islam, Asia dan Malaysia. Saya telah dipilih oleh Prof. Larry Diamond pakar pengajian Demokrasi tersohor yang menulis buku 'The Spirit of Democracy' yang merupakan Pengarah di Pusat Democracy, Development & the Rule of Law di mana saya bernaumng sebagai Fellow. Pergambaran juga dibuat semasa saya manghadiri persidangan terbesar Demokrasi iaitu World Movement for Democracy di Jakarta dengan kehadiran Putera Hicham Moulay, seorang putera raja Morroco yang juga merupakan Professor pelawat di Stanford.

Pergambaran seterusnya dibuat semasa kami mengikuti kempen pilihanraya kecil di Hulu Selangor yang lalu.

Tajuk asal filem ini ialah 'The Mystery of Democracy' sebelum ianya ditukar sebagai A Whisper to A Roar. Saya mengalu-alukan sopkongan dan padangan anda terhadap filem ini. Maklumat lanjut boleh dilihat di www.awhispertoaroar.com

Tuesday, January 24, 2012

AKADEMI RAKYAT & PUSAT HAK RAKYAT

Mulai 1 Februari 2012 warga Balik Pulau bolehlah ke No. 21, Tingkat 1, Mukim G, Jalan Balik Pulau, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang (di Pekan Simpang Empat) untuk mendapat khidmat guaman dan pendidikan sokongan percuma terutama kepada golongan miskin dan kurang berkemampuan.

Akademi Rakyat adalah inisiatif kecil saya yang percaya bahawa suatu wadah pendidikan perlu ditawarkan kepada warga Balik Pulau yang tidak berkemampuan ataupun miskin. Ianya berdasarkan satu falsafah bahawa Pendidikan Rakyat, kepada Rakyat, dan oleh Rakyat (Education of the people, for the people and by the people). Ianya telah saya mulakan seawal tahun pertama saya dipilih sebagai Ahli Parlimen Balik Pulau di Kg. Jalan Bharu. Malangnya premis yang saya gunakan ketika itu telah diroboh dan dibangun semula oleh pemilik baru yang menjadikan tempat tersebut sebagai pusat perniagaan.

Pusat Hak Rakyat (People's Rights Centre) merupakan cita-cita tertangguh saya yang sekian lama semenjak saya layak sebagai seorang peguam. Pusat tersebut adalah lanjutan kerja-kerja 'pro bono' saya mengendalikan kes-kes hak asasi manusia dan kepentingan awam. Memandangkan semenjak hampir 4 tahun berkhidmat di Parlimen Balik Pulau, saya telah diberi peluang mewakili beberapa kes hak awam seperti kes Penduduk Kg. Binjai, penduduk Kuala Jalan Bharu, penduduk Pondok Upeh, kes-kes dadah dan pekerja-pekerja kilang di Bayan Lepas. Bagi memastikan khidmat saya lebih terurus adalah wajar Pusat tersebut diwujudkan mengambilkira jangka masa panjang keperluan khidmat sedemikian rupa diperlukan di balik Pulau.

Saya berharap usaha kecil saya ini dapat sedikit sebanyak menyumbang dan meringankan beban warga Balik Pulau terutama mereka yang kurang mampu dan tidak dibela.

Wednesday, September 28, 2011

Jom Pi Balik Pulau Hari Sabtu & Ahad ni - Destinasi Hari Minggu Pilihan Anda!













Pejabat Ahli Parlimen Balik Pulau mempersembahkan

INTERAKSI BALIK PULAU 2011

Program-program 'Interaksi Balik Pulau 2011'

1hb Oktober 2011, Sabtu

PAMERAN AGENSI KERAJAAN
9 pagi – 5 petang
Antara agensi kerajaan yang terlibat adalah Jabatan Kesihatan Negeri,
Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Bomba & Penyelamat, Perbadanan
Perpustakaan Awam Pulau Pinang, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan
Perikanan Negeri dan banyak lagi

KEMPEN DERMA DARAH
9 pagi – 5 petang

PERTANDINGAN MEWARNA DAN BENGKEL MELUKIS
9 pagi – 10.30 pagi

PERTANDINGAN GUBAHAN HANTARAN
9 pagi – 10.30 pagi

SENAMROBIK
9 pagi – 10 pagi

MAJLIS PERASMIAN INTERAKSI BALIK PULAU & PELANCARAN DATARAN MUAFAKAT
9.30 pagi – 10.15 pagi

PIDATO PEMBANGUNAN OLEH DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
10.15 pagi – 11 pagi
Mantan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Profesor di
universiti terkemuka dunia ini akan memberikan pidato bertajuk, “Ada
Apa Dengan Pembangunan?”

KENDURI RAKYAT
11 pagi – 1 petang
Jamuan makan yang ditaja oleh Ahli Parlimen Balik Pulau, YB Yusmadi
Yusoff sempena maraikan program Interaksi Balik Pulau

PASAR SENI BALIK PULAU
10 pagi – 12 tengah malam
Nama pasar seni diambil sempena nama lokasi acara diadakan dan juga
bertujuan untuk merakyatkan seni ke tempat awam seperti contohnya di
Kompleks Pasar Awam ini. Pelbagai aktiviti akan diadakan di bawah
program PASAR SENI BALIK PULAU iaitu;

• Konsert hari pertama menampilkan sensasi baru dunia nyanyian Najwa
Latif, Azhan Atan dari Akademi Nasyid, band asal Balik Pulau, Marble
Band dan banyak lagi band muzik dari seluruh Pulau Pinang.
• Persembahan kesenian tradisional
• Pembacaan puisi dari pengkarya muda
• Bazar jualan produk seni dan kraftangan
• Wayang pacak atau lebih dikenali dengan nama wayang milo
• Pameran foto Balik Pulau

PAMERAN MOTOSIKAL
12 tengah hari – 4 petang
Anak-anak muda dengan motosikal mereka akan bertarung untuk menjadi
pemenang pertandingan motor berhias tercantik.

BENGKEL UNDI MALAYSIA
2 petang – 5 petang
Bengkel ini bertujuan untuk memperkasa anak-anak muda dengan isu yang
dekat dan penting bagi mereka seterusnya dapat dilahirkan dalam bentuk
tindakan seperti bagaimana nantinya isu tersebut cuba ditangani
bersama wakil rakyat di kawasan mereka.

MALAM ANUGERAH BALIK PULAU TERBAIK
8 malam – 9 malam
Penerima anugerah terdiri daripada anak-anak kelahiran Balik Pulau
yang telah mengharumkan nama Balik Pulau dan mendapat pengiktirafan di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa.. Program diserikan lagi dengan
persembahan istimewa dari Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.

WAYANG MILO
9 malam
Tayangan filem

2hb Oktober 2011, Ahad

PAMERAN AGENSI KERAJAAN
9 pagi – 5 petang
Antara agensi kerajaan yang terlibat adalah Jabatan Kesihatan Negeri,
Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Bomba & Penyelamat, Perbadanan
Perpustakaan Awam Pulau Pinang, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan
Perikanan Negeri dan banyak lagi

FORUM INTERAKSI PEMBANGUNAN BALIK PULAU
9 pagi – 5 petang
Program ini akan menggunakan pendekatan baru berbeza dengan
forum-forum lain iaitu dengan mengambil pendekatan Interaksi &
koloborasi kunci falsafah 'Muafakat'. Panitia mengalu-alukan warga
Balik Pulau untuk mengambil peluang sebagai pembentang kertas kerja,
pendiskusi dan lain-lain. Terbahagi kepada 4 sesi iaitu;

Interaksi 1 - Balik Pulau sebagai Hub Pendidikan
Interaksi 2 - Balik Pulau Kampung Lestari
Interaksi 3 - Balik Pulau Dan Pembangunan Masyarakat
Interaksi 4 - Agenda Muafakat Balik Pulau

BENGKEL HAK ASASI & TATA KELOLA OLEH SUHAKAM
9.00 pagi – 1 petang
Bengkel tentang hak asasi manusia dikendalikan oleh Suhakam

PASAR SENI BALIK PULAU
9 pagi – 5 petang
• Konsert hari kedua menampilkan kumpulan-kumpulan muzik independen baru
• Persembahan kesenian tradisional
• Pembacaan puisi dari pengkarya muda
• Bazar jualan produk seni dan kraftangan
• Pameran foto Balik Pulau

Terima kasih kepada kerajaan negeri Pulau Pinang, Majlis Perbandaran
Pulau Pinang, JKKK seluruh Balik Pulau, Komuniti Frinjan, Little
Penang Street Market dan semua pihak atas sokongan yang diberikan

Pertanyaan 010 512 6836

http://yusmadi.yusoff.blogspot.com/
http://www.balikpulau.my/

Terima kasih :)