MUAFAKAT Corner

Sunday, February 8, 2009

Sumbangan Anak Muda terhadap Demokrasi Pilihanraya Negara

Krisis di Perak telah mengerah tenaga dan pemikiran saya untuk memahami apakah latar sejarah di sebalik kejadian tersebut. Saya telah mengambil buku karya Joseph M. Fernando ahli sejarah dari Universiti Melaya bertajuk The Making of the Malayan Constitution yang diterbitkan pada tahun 2002 oleh The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS).

Di muka surat 12 saya menjumpai perenggan yang amat menarik perhatian yang boleh kita jadikan asas bagi memahami latar sejarah Demokrasi Pilihanraya di Malaysia. “The High Commisisoner had to overcome the reluctance of the Malay Rulers to the introduction of elections.
[nota kaki 15] “Minutes of 10th Conference of Rulers, 22-23 February 1950. The Sultan of Kedah, for example, explained his reservations on the introduction of elections: “The most important prerequisite for democracy is education … Without enlightened public opinion a democratic system of Government will be liable to unsteadiness or even confusion and chaos. One danger is that it may be transformed into a single party government through a few skilled electioneers working among the apathetic population and this will work towards dictatorship”.

Walaubagaimanapun Sir Gurney tidak bersetuju dengan hujah tersebut malah masih mahu meneruskan agenda pilihanraya Perbandaran pada tahun 1951. Yang menarik perhatian saya ialah alasan yang beliau gunakan, iaitu:
“Minutes of Conference of Rulers, 22-23 February 1950. Gurney told the Rulers: “I do not wish to pursue this matter further this morning, but I would like to see Municipal elections soon. If we were to go round the schools in this country, we should find that the views of the young people are that they want elections”.

Berdasarkan fakta di atas saya yakin bahawa kerisauan 50 tahun dulu oleh YM Sultan Kedah bahawa tidak terdapat “enlightened public opinion” mungkin terjawab dengan perkembangan pendidikan dan kecanggihan teknologi maklumat kini yang dapat kita lihat melalui blog, facebook dan sebagainya yang telah meyemarakkan lagi penyertaan rakyat dalam proses demokrasi di negara.

Saya yakin Anak Muda “the young people” istilah yang digunakan kira-kira lima puluh tahun lalu akan sekali mampu menyelesaikan krisis Demokrasi negara kita. Generasi Y yang wujud selepas Generasi X kini telah mendapat ‘pencerahan’ ataupun ‘enlightenment’ selepas 8 Mac 2008 akan mampu memastikan demokrasi di Malaysia subur dan kerisauan ”dictatorship” seperti yang digambarkan itu akan berlkau sekiranya krisis di Perak dibiarkan sebegitu sahaja.
Ayuh Anak Muda cipta sejarah demokrasi seperti yang pernah anda lakukan lebih 50 tahun dulu!

Wednesday, February 4, 2009

DEMOKRASI FEDERALISME DICABULI DAN TIDAK DIHORMATI

3.2.2009

KENYATAAN AKHBAR

PECEROBOHAN DAN PENGABAIAN BANGUNAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG OLEH KEMAS DAN UMNO, BALIK PULAU

Saya berasa amat kesal di atas tindakan oleh pimpinan UMNO Balik Pulau yang memutarbelitkan fakta kejadian yang kononnya pihak Pakatan Rakyat telah tidak membenarkan penggunaan bangunan kerajaan negeri di Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau untuk kegunaan pendidikan Tabika Kemas seperti yang dilaporkan di media utama tempatan pada 3.2.2009.

Sebagai penjelasan terhadap kekeliruan fakta saya sertakan dibawah kronologi peristiwa sebelum berlakunya seperti yang dilaporkan.

Kronologi peristiwa:

5/8/08
AJK Kemas telah mengeluarkan semua kemudahan yang terdapat di dalam Tabika Kemas tersebut atas sebab berlaku perubahan kerajaan di Pulau Pinang.

20/8/08
Encik Abdul Rahim Bin Md Isa selaku Timbalan Pengerusi JKKK Kuala Sg Pinang) orang yang dipertanggungjawabkan oleh Pengerusi JKKK Kuala Sungai Pinang untuk menguruskan premis berkenaan telah meminta Tabika Kemas tersebut beroperasi seperti biasa walau pun kerajaan Pakatan Rakyat memerintah ketika itu.

4/12/08
JKKK Kuala Sungai Pinang mengeluarkan surat membenarkan pengunaan dewan orang ramai tersebut bersyarat memandangkan terdapat aduan bahawa premis berkenanaan digunakan untuk bermalam oleh keluarga AJK Kemas di situ. (rujuk Lampiran surat bertarikh 4/12/2008). Walaubagaimanapun sehingga kini tiada jawapan daripada pihak Pengarah Kemas Pulau Pinang.

2/1/09
Pengerusi UMNO Cawangan Sg. Pinang Encik Ismail Johar telah menceroboh premis tersebut dengan memotong kunci tanpa pengetahuan JKKK Kuala Sungai Pinang sambil berteriak bahawa “Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) bukan ada kuasa”.

3/1/09
Pihak JKKK Kuala Sg Pinang telah menjemput AJK Kemas berkenaan untuk bermesyuarat menyelesaikan isu tersebut dengan dipengerusikan oleh YB Yusmadi Yusoff selaku Ahli Parlimen Balik Pulau. Walaubagaimanapun AJK Kemas berkenaan tidak hadir semasa mesyuarat tersebut walaupun telah dijemput dan dimaklumkan oleh pihak JKKK Kuala Sungai Pinang. Mesyuarat bersetuju untuk memberi peluang untuk pihak Kemas Negeri menjawab surat bertarikh 4/12/2008 dan memaklumkan mengenai pencerobohan yang berlaku pada 2/1/2008. Sehingga kini tiada sebarang jawapan oleh pihak Kemas Negeri.

2/2/09
Dewan tersebut telah di kunci oleh JKKK Kuala Sungai Pinang memandangkan tiada sebarang jawapan dibuat oleh Kemas Negeri Pulau Pinang menunjukkan mereka tidak berminat untuk berkerjasama dengan pengurusan premis tersebut.

Berdasarkan fakta-fakta di atas peristiwa seperti yang dilaporkan tidak sepatutnya timbul dan diexploitasikan oleh pimpinan UMNO Balik Pulau.

Sikap angkuh pimpinan UMNO yang mengekploitasikan isu pendidikan dibuat bagi mengalihpandangan masyarakat daripada isu sebenar iaitu:

a) Salahguna premis oleh pihak AJK Kemas dengan menjadikan premis tersebut tempat bermalam oleh keluarga mereka.
b) Kemas tidak mengendahkan arahan JKKK Kuala Sungai Pinang agar berkerjasama dan premis tersebut juga boleh digunakan untuk aktiviti lain oleh masyarakat setempat.
c) Pencerobohan premis tersebut oleh Pengerusi UMNO Cawangan Sungai Pinang

Sikap rakus dan desperado UMNO menunjukkan bahawa mereka sanggup mempergunakan apa-apa saja isu seperti pendidikan bagi menghukum pilihan demokrasi rakyat setempat. Kemas yg dipimpin oleh kerajaan Pusat/UMNO sepatutnya menyantuni kerajaan negeri seperti yang digariskan di dalam amalan Federalisme apabila keputusan yang demokratik telah dibuat oleh rakyat setempat.


Yusmadi Yusoff
Ahli Parlimen Balik Pulau